Wednesday, December 9, 2009

.jujur.


orang sekarang masih tau kah apa itu jujur? faham ke maksud kejujuran? owh, bagus la kalau masih ada yang faham. tapi, rasanya tak ramai. sebenarnya jadi jujur tak susah. senang je. tak jujur itu lebih susah.. sebab mesti pandai menipu. betul kan :P

ini ada satu kisah.. (cerita ini diadaptasi dari kisah sebenar, nama watak terpaksa ditukar. harap maklaum).

Bintang dan Matahari adalah pasangan kekasih. mereka sangat dilamun cinta.. hihi. <3.>

B : Bintang nak keluar ke taman.. boleh tak, Matahari?

M : dengan siapa?

B : Matahari jauh, jadi Bintang pergi seorang la. kalau dekat, dah tentu pergi dengan Matahari :)

M : Matahari tak suka.

B : owh.. jadi, tak boleh la ye?

M : kalau Bintang nak pergi jugak, terpulang lah.

B : tapi.. boleh atau tidak?

M : terpulang.

B : baiklah, kalau macam tu.. Bintang nk pergi! :)

M : ------------

akhirnya bintang pergi juga ke taman. dia seronok dapat melihat orang lain gembira bermain di situ. dia senyum seorang diri. tapi, dia tau Matahari tak suka. tapi kenapa? Bintang bukan keluar dengan lelaki lain ~

tiba-tiba Bintang terjumpa Cempaka. mereka kenalan lama. hampir 4 tahun tidak berjumpa. mereka berbual dan bertanya khabar.

C : Bintang, kamu masih bersama si dia yang dulu?

B : iya, kami masih bersama. saya sayang dia :) kamu?

C : saya tau. owh, saya juga bersama seseorang sekarang. namanya Matahari.

B : Matahari?

C : kami baru kenal minggu lepas.. lucu kan.

B : memang lucu. sebab saya dah bersamanya hampir 5 tahun.

##########


apa yang melor nak sampaikan dari cerita ni?

1. orang yang jujur, senang ditipu?
2. orang yang jujur dianggap bodoh kerana tak pandai menipu?
3. orang yang memberi kejujuran, berharap untuk mendapat balik kejujuran. tapi ramai yang tidak dapat balik kan?



*honesty is still the best policy*

0 comments:

Post a Comment