Monday, December 14, 2009

.luahan.



SAYA SAYANG DIA..!!!





*sekian, terima kasih*

Friday, December 11, 2009

.bercerai roboh.


pagi tadi melor dengar segmen 'merisik khabar' di radio Era. ada pemanggil ni bercerita tentang usia perkahwinannya yang baru mencecah 2 bulan, tapi si isteri dah failkan perceraian. kenapa ini berlaku? hm, entahlah. terlalu subjektif. masing-masing ada sebab tersendiri kan. tapi realitinya ramai lagi orang lain di luar sana yang nak kahwin tapi masih tak mampu. yang dah kahwin pula, sibuk nak bercerai berai. bukan ke dah membazir duit buat majlis perkahwinan?! tapi nak buat macam mana, jodoh tak panjang (ayat standard).



*perkara yang hukumnya harus tapi tidak disukai Allah s.w.t adalah perceraian*

Thursday, December 10, 2009

.contest kecurangan.

apa yang anda perlu lakukan? mudah!

1. sila buat link blog ini dalam bloglist anda.
2. sila copy & paste link banner contest ini dalam blog anda.
3. penyertaan boleh disertakan melalui 2 cara:-
a) cerita pendek
b) foto
4. tema : kecurangan.
5. karya mestilah asli (datang dari kepala otak anda sendiri). plagiat dilarang sama sekali.
6. cerita pendek boleh ditulis mengenai manusia, haiwan, atau benda-benda lain mengikut kreativiti anda.. asalkan menepati tema.
7. foto pula mestilah di'snap' sendiri (bukan cari dalam google atau website lain).
8. foto candid atau lakonan semata-mata adalah dibenarkan. asalkan menepati tema.
9. sila e-mailkan penyertaan anda ke diarymelor@gmail.com.
10. tarikh tutp penyertaan : January 2010 (tarikh sebenar akan diumumkan kemudian).

hadiah? mesti lah ada! jangan risau :)
jangan lupa hantarkan nama penuh, alamat (untuk hantar hadiah), no telefon, URL blog, dan nama blog anda.


BannerFans.com

.bermain kayu.


curang. ramai yang tahu maksud curang. mungkin anda pun pernah curang kan.. hihihi. persoalannya, kenapa mesti curang? tak kesian ke kat pasangan? owh, mesti la tak kesian kan.. sebab kalau kesian, anda takkan buat macam tu.

jadilah jujur. kalau dah bosan dan tak mahukan hubungan itu lagi, perpisahan la jalan akhirnya. berterus terang itu lebih mulia dari menikam dari belakang. oleh itu, berkata benarlah walaupun ianya pahit!

tak mahu telan pahit? hm, tapi cuba anda fikir. kalau pasangan anda dapat tahu kecurangan anda di kemudian hari, itu tak pahit? rasanya itu laaaagggiiiiiiiiii perit kot! bukan perit pada anda, tapi pada pasangan anda. dan anda akan dilihat sebagai manusia paling jahat sekali dalam dunia ~ itu yang anda mahu kan?


zaman sekarang, lelaki perempuan sama aje. dua-dua pun boleh berlaku curang. melor ada kawan, namanya J. dia ada teman lelaki yang bernama L. G pula 'kawan baik' J.. lelaki tau. okay, melor percaya je yang J dan G hanya 'kawan baik'. tapi rupanya, melor dapat tahu J 'menggatal' dengan G. gile tak malu! melor marah, tapi tak boleh buat apa-apa. malas nak masuk campur. tapi kenapa mesti buat macam tu? kalau dah tak suka L, tinggalkan dia. ini tidak.. L dia nak simpan, G pun dia nak jugak.

susah ke jadi SETIA? kalau susah, sekurang-kurangnya JUJUR lah. jangan tipu. jangan buat drama kat belakang. penonton sakit mata je tengok!



*mungkin akan adakan contest 'kecurangan'. menarik kan!*

.awak ada.


A : bila awak nak datang johor lagi?

B : buat ape? johor bukan ada apa-apa pun.

A : ada! johor best sebab ada saya.. :P

B : hahaha.. salah tu!

A : kenapa pulak? hm, ye la.. saya tak best *merajuk*

B : bukan johor best sebab awak ada. tapi walau mana-mana negeri pun, kalau ada awak.. mesti best punya. sebab saya suka awak.. bukan negeri mana awak berada :)



*jangan cepat merajuk.. haha*

Wednesday, December 9, 2009

.jujur.


orang sekarang masih tau kah apa itu jujur? faham ke maksud kejujuran? owh, bagus la kalau masih ada yang faham. tapi, rasanya tak ramai. sebenarnya jadi jujur tak susah. senang je. tak jujur itu lebih susah.. sebab mesti pandai menipu. betul kan :P

ini ada satu kisah.. (cerita ini diadaptasi dari kisah sebenar, nama watak terpaksa ditukar. harap maklaum).

Bintang dan Matahari adalah pasangan kekasih. mereka sangat dilamun cinta.. hihi. <3.>

B : Bintang nak keluar ke taman.. boleh tak, Matahari?

M : dengan siapa?

B : Matahari jauh, jadi Bintang pergi seorang la. kalau dekat, dah tentu pergi dengan Matahari :)

M : Matahari tak suka.

B : owh.. jadi, tak boleh la ye?

M : kalau Bintang nak pergi jugak, terpulang lah.

B : tapi.. boleh atau tidak?

M : terpulang.

B : baiklah, kalau macam tu.. Bintang nk pergi! :)

M : ------------

akhirnya bintang pergi juga ke taman. dia seronok dapat melihat orang lain gembira bermain di situ. dia senyum seorang diri. tapi, dia tau Matahari tak suka. tapi kenapa? Bintang bukan keluar dengan lelaki lain ~

tiba-tiba Bintang terjumpa Cempaka. mereka kenalan lama. hampir 4 tahun tidak berjumpa. mereka berbual dan bertanya khabar.

C : Bintang, kamu masih bersama si dia yang dulu?

B : iya, kami masih bersama. saya sayang dia :) kamu?

C : saya tau. owh, saya juga bersama seseorang sekarang. namanya Matahari.

B : Matahari?

C : kami baru kenal minggu lepas.. lucu kan.

B : memang lucu. sebab saya dah bersamanya hampir 5 tahun.

##########


apa yang melor nak sampaikan dari cerita ni?

1. orang yang jujur, senang ditipu?
2. orang yang jujur dianggap bodoh kerana tak pandai menipu?
3. orang yang memberi kejujuran, berharap untuk mendapat balik kejujuran. tapi ramai yang tidak dapat balik kan?



*honesty is still the best policy*

.lagu gembira.


More JoJo music on iLike

[Verse 1:]
Nothin makes me more happy than to know
That I have such a close friend
To know that you're down for me is reassuring
It's the reason I'm always smilin

And when I'm kickin' it with you
I have a lot fun with you
Never any kind of pressure
Comin' from you
Trying to get me to do
Anything I'm not ready to
That's why I really like you

[Chorus:]
Da da da da da
Da da da da da
Da da da da da
You make me happy
Da da da da da
Da da da da da
Da da da da da
So very happy

[Verse 2:]
I never get tired of talkin' on the phone with you
For hours at a time
And as time goes by we become grown up and wise
I hope we'll be just as tight

And it was supposed to be
Then we're gonna be
No one can stop what's destined
For you and me
Who's to say that we
Won't fall deep in love
It's a very good chance because

[Chorus x2]

[Bridge:]
I might be young
But I still know what it is (to be happy)
I know what's in my heart
I know what's on my mind
And it's you all of the time



melor suka gila lagu ni (sambil mendengar lagu ni sekarang ~ ).. tak tahu la kenapa. padahal lagu ni biasa je. tp sedap :) jojo comel!
cuba la dengar.. nak download? klik sini. enjoy! :D



*mengharapkan sesuatu yang 'happy' berlaku*

.buku muka.


zaman sekarang semakin ramai yang suka membaca buku. 24 jam buka buku. buku apa? buku muka. muka siapa? macam-macam muka ada!

semalam melor baru 'padam & buang' buku muka. kenapa? sebab menyampah! sakit hati dengan orang-orang dalam buku itu. (nampak sangat la orang-orang tu semua kawan-kawan melor jugak). akhirnya, keputusan untuk padam & buang buku tersebut dilakukan semalam. lebih baik tak tahu apa-apa. daripada tau semua benda, tapi hati sakit. prevention is better than cure :)



*lebih baik tak ramai kawan, daripada ramai kawan tapi semuanya hipokrit*

.mula.


i'm melor. obviously itu hanya nama pena. nama sebenar? rahsia. ya, nama saya rahsia. jadi, panggil lah saya melor :)

melor hanya gadia biasa. sama seperti gadis-gadis lain di luar sana. tetapi, dunia realiti kadang kala sukar diterima. jadi, blog ini lah tempat menulis realiti di luar itu. because some stories are better left untold. so write them down!



*kurangkan bercakap, banyakkan menulis*